KEBAIKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK
Penggunaan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pra Sekolah) merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pra sekolah. Antara teknologi ICT ialah televisyen, internet, komputer, permainan digital dan pelbagai lagi gajet-gajet yang canggih yang kita temui hari ini.
Oleh demikian, kecanggihan ICT tersebut membolehkan sesiapa sahaja tidak kira lapisan umur mampu memiliki kemudahan ICT ini termasuk kanak-kanak pra sekolah dan dibawah umur 5 tahun. Oleh itu, melalui penggunaan ICT ini juga dapat memberikan kebaikan kepada kanak-kanak pra sekolah. Antara kebaikannya adalah:
1) MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK
Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk pra sekolah kanak-kanak akan lebih mudah. Hal ini kerana, pencapaian kefahaman kanak-kanak akan mencapai lebih tinggi serta cepat memahami hanya melalui penggunaan ICT. Melalui penggunaan ICT juga gambaran PdP yang ingin disampaikan terpapar dengan lebih jelas dan nyata. Oleh sebab itu, kanak-kanak mudah tertarik dan mudah memahami hasil PdP yang ingin disampaikan oleh guru.
Penggunaan multimedia seperti warna, bunyi-bunyian, gambar bergerak-gerak, lagu dan pelbagai visual lagi mampu untuk menarik minat kanak-kanak pra sekolah dalam proses pembelajaran. Oleh itu, kanak-kanak akan menjadi lebih faktor, seronok dan semangan untuk belajar serta menjadikannya pengalaman yang menarik buat mereka.
2) MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGINASI
Melalui ICT juga dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak pra sekolah serta imaginasi mereka dalam proses pengajian dan pembelajran yang disampaikan oleh guru tersebut.,
Hal ini kerana, kanak-kanak akan mudah terpikat dengan daya tarikan seperti warna warni, bunyi yang unik, sesuatu yang bergerak, gambar yang ceria atau menarik perhatian mereka. Selain itu, penggunaan ICT ini juga dapat meningkat daya ingatan kanak-kanak untuk berfikir, menghafal dan berimaginasi. Kanak-kanak akan mudah dapat menggambarkan sesuatu dan memikirkan penyelesaian masalah selepas apa yang dilihat oleh mereka secara nyata di dalam proses pengajaran ICT.
3) MAHIR DALAM PENGGUNAAN ICT
Kemajuan ICT pada zaman ini adalah sangat tinggi dan masyarakat sekeliling termasuk kanak-kanak majoriti semua mengetahui kemudahan ICT tersebut. Malah hal ini boleh dikatakan semua masyarakat mampu dan pandai menggunakan kemudahan teknologi berkaitan dengan ICT.
Oleh demikian, penggunaan ICT kepada kanak-kanak amatlah penting kerana untuk melatih kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan kemudahan ICT tersebut. Melalui pendedahan ini juga kanak-kanak hari ini kebanyakan ramai yang bijak menggunakan internet dalam mencari sesuatu maklumat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment